suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali hadir kelas agama, pelakon sinetron Liontin, Giovanni Tobing mengaku kini mualaf

Giovanni mengakui sudah memeluk Islam beberapa tahun lalu.

PELAKON sinetron terkenal, Giovanni Tobing mengejutkan industri hiburan Indonesia apabila mendedahkan dia sebenarnya sudah memeluk agama Islam sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Liputan6.com, berita gembira itu diketahui selepas Giovanni dilihat hadir ke kelas bagi mendalami ilmu agama Islam di sana.

Enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya, aktor yang popular melalui sinetron Liontin ini akhirnya mengakui agama Islam cukup indah dan luar biasa.

"Ini hari pertama saya hadir ke kelas agama. Baru dapat kesempatan untuk bertanya.

"Ya, saya seorang mualaf. Saya memeluk agama Islam sebelum saya bernikah beberapa tahun lalu.

Giovanni bersama isterinya, Dewi.

"Saya rasa Islam adalah suatu yang indah dan cukup luar biasa," ujarnya.

Menurut Giovanni, dia teringin untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan kini sedang membiasakan diri untuk solat lima waktu.

"Sebelum saya memeluk agama Islam, saya ke gereja pun hanya setahun sekali.

"Tetapi sekarang saya berusaha menjadi muslim yang lebih baik sehingga mampu untuk menyempurnakan solat lima waktu dengan baik.

"Banyak lagi perkara dalam Islam yang mahu saya pelajari," ujarnya.

Giovanni Tobing

Artikel Lain