suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering ke kelab malam, Gisella Anastasia tidak abaikan tanggungjawab sebagai ibu

Gisella tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak perempuannya.

NAMA penyanyi Indonesia Gisella Anastasia kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila video dia sedang menari dengan seorang jejaka sambil memegang gelas minuman di sebuah kelab malam tular.

Menurut laporan Liputan6, video tersebut yang tersebar dan dimuat naik menerusi beberapa akaun gosip di Instagram mengundang kecaman netizen.

Malah ada segelintir netizen mula melibatkan anak perempuannya, Gempita Nora Marten namun penyanyi itu enggan mengambil peduli kerana beranggapan dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Gisella Anastasia.

Beberapa foto dan video Gisella berada di pusat hiburan yang dikongsi menerusi akaun Instastory bernama @yansensetiawan menarik perhatian netizen.

Gisella dikatakan kerap dilihat mengunjungi kelab malam selepas bercerai dengan pelakon Gading Marten dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan Wijin.

Gisella Anastasia

Artikel Lain