suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kang Gary dedah wajah anak selepas berusia dua tahun

Buat pertama kali, Kang Gary dedah wajah anak di akuan instagram miliknya.

WALAUPUN, sering memuat naik gambar dan video anaknya di laman sosial, Kang Gary dilihat menjaga privasi dan tidak mendedahkan wajah anaknya untuk tontonan umum.

Hampir kesemua gambar yang dimuat naik oleh Gary hanyalah mempamerkan bahagian belakang ataupun posisi tepi kanak-kanak itu.

Kelihatan Gary sedang memerhati anaknya bermain.

Namun, menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun instagram miliknya pada Khamis, Kang Gary akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki kesayangannya buat pertama kali setelah hampir dua tahun.

Penyanyi rap dari Korea Selatan itu pernah mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan  kelahiran bayi sulungnya pada November 2017 selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Posting tersebut turut mendapat perhatian netizen selain dibanjiri komen positif peminatnya. Rata-rata peminat menyifat penyanyi rap itu seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab.

Terdahulu, beliau juga pernah digosipkan akan hubungan cinta bersama pelakon cantik Song Ji Hyo menerusi rancangan Runningman sehingga mendapat gelaran 'Monday Couple'.


Artikel Lain