suria

Kenalan rapat nafi Ahn Jae Hyun curang, Ku Hye Sun kenal wanita itu hanya bekas kekasih

Ku Hye Sun dilihat bahagia bersama Ahn Jae Hyun.

SEORANG kenalan Ahn Jae Hyun menafikan tuduhan yang di lemparkan oleh isteri pelakon itu iaitu Ku Hye Sun berkaitan hubungan sulit pelakon itu dengan wanita lain.

Individu itu berkata, Ahn Jae Hyun tidak pernah pergi ke mana-mana hotel bersama wanita lain selepas berkahwin.

"Ahn Jae Hyun tidak pernah pergi ke mana-mana hotel bersama wanita lain selepas dia berkahwin atau mempunyai hubungan luar dan gambar itu tidak pernah wujud," komennya.

Dia juga menegaskan kemungkinan gambar yang diperkatakan Ku Hye Sun yang ditemui di komputer milik suaminya itu adalah bekas teman wanita suaminya yang pernah didedahkan di sebuah rancangan variasi Newlywed Diary di saluran tvN sebelum mereka berkahwin.

Ku Hye Sun, menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada  4 September lalu mendakwa menjumpai sekeping gambar suaminya sedang makan malam bersama seorang pelakon wanita.

"Saya ada menjumpai sebuah gambar di dalam laptop milik suami selepas kami berkahwin. Menerusi foto itu suami sedang menikmati makan malam bersama seorang pelakon wanita di sebuah hotel" ujarnya di Instagram.

Kedua pasangan ini pernah berganding bersama menerusi drama 'Blood Cast'. 

Bagaimanapun, menurut individu yang juga kenalan Ahn Jae Hyun, Ku Hye Sun mengetahui tentang sejarah cinta suaminya dan pernah memberitahu perkara itu di sebuah program televisyen sebelum mereka berkahwin.

Sumber- soompi

Ahn Jae Hyun, Ku Hye Sun, selingkuh

Artikel Lain