suria

Tiru gaya dalam muzik video '7 Rings', Ariana Grande saman peruncit fesyen popular

GARA-GARA menggunakan gaya menyerupainya dalam mempromosikan sebuah kempen, penyanyi Ariana Grande memfailkan saman terhadap syarikat jenama pakaian popular, Forever 21.

Menurut laporan People.com, Ariana menuntut pampasan sebanyak RM42 juta atas dakwaan menggunakan populariti dan pengaruhnya untuk menjual produk jenama itu.

Ariana memfailkan saman terhadap syarikat itu kerana telah menyalahgunakan sekitar 30 imej dan video termasuk menggunakan muzik serta lirik daripada lagunya yang pernah menduduki carta pertama iaitu 7 Rings.

Selain itu, mereka turut menggunakan model dan gaya yang begitu mirip dengannya.

Gaya yang digunakan Forever 21 bagi tujuan mempromosikan sebuah kempen.

Ariana turut mendedahkan perkara itu terjadi selepas dia terpaksa menolak tawaran Forever 21 yang mengenakan bayaran tidak setimpal dengan statusnya sebagai selebriti terkenal bagi tujuan kempen pemasaran produk itu sebelum ini.

Jumlah bayaran yang dikenakan Ariana mencecah jutaan ringgit bagi menjayakan kempen berkenaan untuk jangka masa panjang.

Bagaimanapun, pihak syarikat berkenaan tidak bersetuju dengan jumlah itu.

Sementara itu, kempen bagi mempromosikan produk berkenaan jelas kelihatan menggunakan gaya penyanyi pop itu menerusi babak daripada muzik video berjudul 7 Rings.

Ariana Grande, Forever 21

Artikel Lain