suria

Ku Hye Sun tidak mahu bercerai dengan suami kerana kucing kesayangan sedang sakit

Ku Hye Sun enggan bercerai disebabkan keadaan kesihatan Anju.

PELAKON Ku Hye Sun memberitahu dia tidak mahu bercerai dengan suami, Ahn Jae Hyun dalam keadaan kesihatan kucing kesayangannya yang diberi nama Anju kini sedang sakit.

Menurut laporan Soompi, Ku Hye Sun memberi alasan tersebut dan memuat naik pendedahan itu menerusi laman Instagramnya.

"Anju, sudah bersama saya terlalu lama dan dia haiwan kesayangan saya. Dia tidak dapat makan dengan baik atau membersihkan diri.

"Jadi kami tidak boleh bercerai," tulis Ku Hye Sun.

Rata-rata peminat meminta Ku Hye Sun memintanya meneruskan kehidupan dan menerima hakikat suaminya ingin menceraikannya.

Ku Hye Sun bimbang dengan keadaan kucing kesayangannya.

Sebelum ini, pasangan itu menarik perhatian netizen apabila mereka membongkar punca perceraian di laman Instagram masing-masing.

Ahn menjawab tuduhan yang dilakukan oleh bekas isterinya yang mendakwa dia sering menghubungi wanita lain ketika sedang mabuk.

Aktor yang mula dikenali menerusi drama My Love Come From Another Star ini juga membantah dakwaan kononnya dia membuka cerita tentang rumah tangga dengan ketua pegawai eksekutif agensi mereka.

Dalam kenyataan sama, Ahn Jae Hyun berulang kali menyebut bekas isteri memutar belit fakta sedangkan wanita itu telah bersetuju untuk bercerai pada 30 Julai lalu selepas keduanya tidak tinggal bersama lagi.

Ahn Jae Hyun turut mengakui sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depresi.

Ku Hye Sun, Ahn Jae Hyun

Artikel Lain