suria

Justin Bieber teruja dapat tahu ada pertalian darah dengan Ryan Gosling dan Avril Lavigne

Justin mengetahui dia, Ryan dan Avril mempunyai pertalian selepas membuat carian di sebuah portal.

PENYANYI Justin Bieber mendedahkan dia baru mengetahui bahawa keluarganya ada pertalian darah dengan selebriti terkenal Ryan Gosling dan Avril Lavigne.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Justin mengetahui perkara tersebut selepas membuat carian di portal Ancestry.com dan memuat naik paparan skrin keputusan itu di laman IG.

Malah, penyanyi lagu I Don't Care ini menganggap ia sesuatu perkara yang terbaik berlaku dalam hidupnya.

"Saya baru tahu yang sebenarnya saya ada pertalian darah dengan Ryan Gosling dan Avril Lavigne dan ia sesuatu yang perkara yang terbaik dalam hidup saya.

Avril dan Ryan turut teruja.

"Portal ini dilihat sangat boleh dipercayai," tulis Justin di Instagram miliknya.

Menerusi ruang komen tersebut, Avril dan Ryan turut meninggalkan komen meluahkan rasa teruja dengan perkara itu.

Sebelum ini, Justin berkahwin dengan model terkenal Hailey Baldwin, pada 22 September tahun lalu.

Artikel Lain