suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber ucap hari lahir kepada Jungkook (BTS), peminat harap ada kolaborasi!

Peminat mengharapkan dua penyanyi ini bergandingan dalam lagu baharu. Foto: tribunnews

TINDAKAN penyanyi Justin Bieber menulis ucapan sempena ulang tahun kelahiran salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Jungkook pada Ahad menarik perhatian pengikut Twitter.

Menurut laporan Tribunnews, peminat mula membuat andaian akan ada kolaborasi di antara Justin Bieber dan Jungkook tidak lama lagi.

"Selamat hari lahir Jungkook, mereka (peminat) belum bersedia, sekarang kita tengok tweet ini menjadi kegilaan," tulis Justin.

Peminat yang menggelarkan diri mereka ARMY mula berteka-teki adakah ucapan itu sebagai tanda kedua-dua penyanyi hebat ini akan bergandingan dalam lagu baharu.

Sebelum itu menerusi aplikasi Weversem, Jungkook sempat menulis pesanan khas untuk peminatnya.

Dia turut berterima kasih kepada ARMY yang tidak henti menyokong karier seni kumpulan sejak awal pembabitan mereka.

"Helo, ini Jungkook! Saya dapat rasa jika ARMY tidak ada, saya tak akan bahagia seperti hari ini, selamat ulang tahun kelahiran untuk diriku," ujarnya.

Jungkook meraikan ulang tahun kelahiran ke-22 pada Ahad.

SUMBER: Tribunnews

Jungkook, Justin Bieber

Artikel Lain