suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syahrini diusir keluar panggung di Singapura gara-gara kasut berkelip-kelip seperti lampu disko

Syahrini diusir keluar dari panggung gara-gara kasut milik anak buahnya yang berkelip-kelip.

GARA-GARA mengenakan kasut berlampu ketika hadir menyaksikan persembahan teater Aladdin di Singapura baru-baru ini, penyanyi Syahrini berdepan detik memalukan apabila dihalau keluar dari panggung.

Berdasarkan laporan Liputan6.com, Syahrini yang hadir bersama ahli keluarganya itu ditegur sebelum diminta keluar oleh petugas keselamatan di situ.

"Tengah-tengah menonton Aladdin, tiba-tiba diusir pegawai keselamatan.

"Dia suruh anak buah saya matikan lampu pada kasutnya.

"Semuanya berpunca daripada kasut itu yang berkelip-kelip dalam kegelapan teater, bagaikan lampu disco!" ujarnya.

Syahrini berkongsi kejadian memalukan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menurut Syahrini lagi, dia dan anak buahnya itu tidak tahu cara untuk mematikan lampu yang berkelip pada kasut berkenaan selepas diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan apabila seorang petugas datang membantu sebelum Syahrini kembali semula ke tempat duduknya untuk menyaksikan persembahan itu.

Syahrini, kasut, Singapura

Artikel Lain