suria

#StayStrongRose sohor seluruh dunia, peminat syak salah seorang ahli Blackpink terima layanan berbeza

Peminat syak Rose terima layan berbeza daripada ahli BLACKPINK yang lain.

TANDA pagar Stay Strong Rose menjadi trending seluruh dunia di laman Twitter selepas peminat salah seorang kumpulan Blackpink iaitu Rose mengesyaki idola Kpop mereka itu menerima layanan berbeza berbanding ahli kumpulan lain.

Rose atau nama sebenarnya Roseanne Park, 22, memberi komen di gambar yang dimuat naik akaun Instagram @thisisayden seolah-olah meluahkan bahawa dia menerima layanan berbeza daripada tiga lagi ahli kumpulannya.

Lebih menguatkan spekulasi peminat itu apabila bapa Rose iaitu Mason Park turut meninggalkan tanda suka terhadap gambar yang memaparkan ayat motivasi itu.

Malah beberapa peminat Rose turut dilihat menyenaraikan karier solo tiga lagi anggota Blackpink iaitu Jisoo, Jennie dan Lisa.

Lebih mengejutkan, Rose merupakan satu-satunya ahli yang langsung tidak mempunyai sebarang kerjaya ataupun kontrak lain selain daripada menggangotai kumpulan yang terkenal dengan lagu Kill This Love itu.

Kumpulan Blackpink ditubuhkan pada 2016 dan mula menjadi sebutan dunia pada 2018 melalui lagu Ddu Du Ddu Du. - Koreaboo.com

rose, blackpink

Artikel Lain