suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru berusia 2 tahun, anak Kareena Kapoor miliki harta jutaan ringgit

Anak Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan memiliki harta jutaan ringgit. foto: Grid.ID

ANAK kepada pelakon Kareena Kapoor iaitu Taimur Ali Khan dikhabarkan memiliki kekayaan dan harta bernilai jutaan ringgit hasil populariti diraih kedua ibu bapanya.

Menurut laporan PinkVilla, Kareena Kapoor dan suaminya Saif Ali Khan telah menyerahkan harta kepada anak sulung mereka itu antaranya tanah, rumah dan kereta mewah.

Malah, mereka juga sering membelikan hadiah mewah dan tidak berkira mengeluarkan wang demi kelengkapan anaknya itu.

Dikhabarkan, Taimur menerima hadiah tanah puluhan ekar di sebuah hutan dan dinamakan sebagai Taman Taimur Ali Khan Pataudi.

Manakala, Saif Ali Khan pula membelikan Taimur sebuah kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit.

Kenderaan jenis SUV itu memiliki tempat duduk khas yang direka untuk Taimur.

Selain itu, kanak-kanak lelaki ini turut memiliki saham bernilai jutaan ringgit yang dilaburkan ke atas Istana Pataudi yang terletak di Haryana, India.

SUMBER: Grid.ID

Kareena Kapoor

Artikel Lain