suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Senorita' nyanyian Shawn Mendes, Camila Cabello dinobat lagu pilihan musim panas 2019

Senorita tewaskan juara carta Billboard selama 19 minggu, Old Town Road.

LAGU berjudul Senorita nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello dinobatkan sebagai Song Of The Summer atau lagu pilihan musim panas 2019 yang dianjurkan aplikasi muzik, Spotify.

Senorita berjaya menewaskan lagu Old Town Road nyanyian Lil Nas X dan Billy Ray Cyrus yang sebelum ini memecahkan rekod di carta Billboard 100 sebagai juara selama 19 minggu.

Menurut laporan Entertainment Weekly, Old Town Road tidak dipilih sebagai Song Of The Summer kerana kiraan pelayar berdasarkan tempoh dari 1 Jun sehingga 20 Ogos lalu.

Ini berikutan Old Town Road telah viral dalam kalangan pelanggan Spotify sejak April lalu dan populariti lagu tersebut menurun mengikut peredaran waktu.

Bagaimanapun lagu tersebut masih boleh berbangga berada di kedudukan keempat carta.

Tempat kedua pula menjadi milik Ed Sheeran dan Justin Bieber menerusi lagu I Don't Care, manakala Billie Eilish menduduki tangga ketiga dengan lagu Bad Boy.

Sementara itu, Truth Hurts dendangan Lizzo yang telah dilancarkan pada 2017 turut tersenarai dalam carta tersebut pada tahun ini.

SUMBER: Entertainment Weekly

Artikel Lain