suria

Nicki Minaj umum bersara, mahu tumpu perhatian kepada keluarga

Nicki Minaj memuat naik posting bahawa dia bakal bersara dari dunia muzik.

BINTANG popular Nicki Minaj membuat kejutan apabila mengumumkan bakal bersara daripada dunia muzik pada Khamis.

Penyanyi rap berusia 38 tahun itu menerusi satu posting di media sosial memberi ucapan selamat tinggal kepada karier muziknya bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

"Saya mengambil keputusan untuk bersara dan akan menumpukan perhatian kepada keluarga. Saya tahu anda gembira sekarang.

"Kepada semua peminat saya, teruskan sokongan, lakukan itu sehingga saya tiada, kerana tiada siapa prihatinkan saya. Sayang kamu semua," katanya.

Posting yang dimuat naik di akaun twitternya.

Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi jutaan peminatnya.

Rata-rata meluahkan rasa sedih dan ada juga yang menganggap ia sebagai gurauan.

Berita berkaitan persaraan beliau dianggap tidak sesuai pada masa ini kerana Minaj baru sahaja  melancarkan beberapa album pada musim panas yang lalu.

Antaranya termasuklah pop remix seperti Welcome to the Party dan Hot Girl Summer bersama Megan Thee Stallion dan Ty Dolla $ign.

Selain itu, Minaj juga memberitahu Jimmy Fallon pada Jun lalu bahawa sudah tentu dia dalam rangka promosi album baru.

Pada Ogos lalu, Minaj turut mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dalam tempoh 80 hari bersama teman lelakinya, Kenneth Petty.

Dalam pada itu, menerusi lagu barunya Zanies and Fools, Minaj turut menulis lirik seakan-akan memberi bayangan untuk memulakan kehidupan baharu.

 SUMBER - abc NEWS

Nicki Minaj, rap, bintang

Artikel Lain