suria

Dinie Rashid dituduh tipu status OKU, guna alasan untuk raih simpati - “Saya tak dilahirkan begini, hilang nikmat penglihatan umur 9 tahun”

Dinie tak jadikan kekurang sebagai penghalang untuk berjaya.

KEKURANGAN yang ada pada diri, bukan satu halangan penyanyi baharu Dinie Rashid untuk terus mengejar impiannya berjaya dalam bidang nyanyian.

Walaupun ada segelintir pihak menuduhnya menipu memegang gelaran Orang Kelainan Upaya (OKU), Dinie, 29, berkata mungkin mereka tidak faham mengenai masalah penglihatan yang dihidapi selama ini.

Dinie memberitahu dia disahkan mengalami 'molecular dystrophy' yang mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak sehingga membataskan kemampuan penglihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinie Rashid tak selesa disokong kerana simpati - “Biarlah kekurangan saya jadi inspirasi saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bergerak solo, Dinie Rashid akui masih janggal... tiada orang bagi semangat

"Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri tetapi untuk maklumkan kepada yang belum kenal saya.

"Malah sebelum ini saya sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan... ada yang kritik kata tak nampak tapi main futsal, ada kata mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit.

Dinie Rashid 1

Dinie Rashid jelaskan tentang kekurangan dirinya supaya tidak timbul salah faham.

"Jadi saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar. Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang totally blind sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Cinta Aku ini berkata dia perlu menjelaskan mengenai perkara itu kerana bimbang ada pihak yang salah faham dan menyangka dia hanya menjadikan kecacatan itu sebagai bahan untuk meraih simpati.

Macam-macam sudah saya lalui, rasa tertekan dan sebagainya tapi saya reda dengan ketentuan!

DINIE RASHID

PENYANYI

"Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya jadi saya perlu beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.

"Sebelum ini pun saya pernah dikatakan lalok... saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami sebab itu jadi tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.

Dinie Rashid 2

Dinie teruskan karier nyanyian.

"Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini... umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik.

"Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui, rasa tertekan dan sebagainya tapi saya reda dengan ketentuan. Sekarang ini saya lebih relaks dan anggap ia tidak ada apa-apa pun," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or