Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh memperoleh petrol sehingga RM398 sebulan. -Gambar hiasan
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memperjelas kekeliruan berhubung dakwaan kononnya orang ramai boleh membuat permohonan bagi menambah had subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95).Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. Menurut MOF, fungsi permohonan tambahan yang diperkenalkan pada peringkat awal pelaksanaan BUDI95 bukan bertujuan untuk kegunaan peribadi secara umum.Sebaliknya, ia hanya melibatkan kes tertentu dengan keperluan operasi jelas seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada syarat serta kelulusan ditetapkan.Namun fungsi itu disalah tafsir sebagai ruang untuk meningkatkan had kelayakan secara bebas.Susulan kekeliruan tersebut, butang permohonan tambahan dalam portal BUDI95 kini telah dinyahaktifkan.MOF turut memaklumkan bahawa had kelayakan subsidi sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan manfaat dinikmati majoriti rakyat serta mengekalkan kestabilan bekalan.“Data menunjukkan had berkenaan mencukupi untuk kira-kira 90 peratus pengguna BUDI95. “Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh memperoleh petrol sehingga RM398 sebulan, dengan kerajaan menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima,” katanya.Kerajaan dalam masa sama akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan serta memantau perkembangan pasaran tenaga global sebelum membuat sebarang penyesuaian yang wajar.