suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik dah meninggal, kereta pula ‘total lost’ tahun 2021… Lelaki terkejut dapat surat saman ‘speed trap’ atas nama arwah adik ipar

Surat saman kelajuan atas kenderaan SUV yang 'total lost' pada 2021.

SEORANG lelaki meluahkan rasa terkejut selepas menerima surat saman bagi kesalahan trafik atas nama arwah adik iparnya.

Menurutnya, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Subaru milik adik iparnya itu sudah lama diisytiharkan sebagai ‘total loss’ selepas terlibat dalam kemalangan maut pada 2021.

"Kereta ni total lost semasa kemalangan tragis di Dungun, Terengganu yang mengorbankan adik ipar, adik perempuan saya dan anak saudara.

"Segala urusan insurans dan penyelesaian bank telah selesai pada masa itu," kongsinya di Facebook pada Selasa.

Namun, lelaki itu hairan apabila menerima surat saman kamera perangkap had laju yang masih menggunakan nama arwah serta nombor pendaftaran asal kenderaan berkenaan.

“Tarikh kesalahan direkodkan pada 25 Februari 2026, pukul 9.41 pagi di lebuh raya PLUS, sedangkan kereta itu sudah lama dilupuskan,” katanya.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan percaya nombor pendaftaran kenderaan tersebut diklon oleh sindiket tertentu.

"Kereta ni memang kena klon dah ni. Begitulah kerja sindiket ambil kesempatan atas kematian seseorang," katanya.

Dia juga turut berkongsi surat saman kesalahan trafik atas nama arwah adik iparnya.

Berdasarkan surat saman tersebut kesalahan didapati berlaku di Bandar Baharu, Kedah.

Artikel Lain