SESI ucaptama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, terganggu apabila dua lelaki memasuki dewan sambil membawa sepanduk di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa.Suasana dewan menjadi tegang apabila salah seorang individu tersebut menjerit sambil bergegas ke bahagian hadapan pentas, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan hadirin. Bagaimanapun, petugas keselamatan bertindak pantas mengawal keadaan sebelum mengiringi lelaki tersebut keluar dari dewan. Seorang lagi individu dilihat berada di bahagian belakang sambil mempamerkan sepanduk.Walaupun berlaku gangguan, Azam kekal tenang dan profesional dalam mengendalikan situasi itu, malah sempat menceriakan suasana dengan kenyataan spontan.“Jangan tukar saluran televisyen,” katanya berseloroh sebelum meneruskan ucapan.Insiden itu berlaku ketika Azam sedang menyampaikan ucapan utama sempena program Wacana Ilmiah Perdana.Wartawan di lokasi melaporkan kedua-dua individu terbabit memakai baju-T tertera perkataan “Mandiri”.Difahamkan, kumpulan sama merancang mengadakan perhimpunan pada 25 April ini di Dataran Merdeka bagi menuntut siasatan lebih telus berhubung isu dakwaan pemilikan saham melibatkan Azam.Selain dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang dikatakan menjejaskan reputasi SPRM.Setakat ini, butiran lanjut mengenai identiti individu terbabit serta sama ada sebarang tangkapan dibuat masih belum diperoleh. -The Star