suria

[V] Pernah viral makan kentang goreng bersama, Ammar Nazhan kini tunangan Elya Maisara

Ammar selamat mengikat tali pertunangan dengan Elya pada Sabtu.

PEMPENGARUH media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu.

Berkongsi kepada mStar, pemuda berusia 30 tahun menafikan dakwaan segelintir netizen kononnya muat naik di media sosial berkaitan majlis itu hanyalah content.

"Saya bawa keluarga tu, bukan content. Ini perkara serius. Kami dah selamat bertunang pada Sabtu di Johor Bahru, Johor.

Majlis pertunangan Ammar dan Elya diadakan di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Majlis pertunangan Ammar dan Elya diadakan di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

"Di pihak lelaki kami beri tiga hantaran dan berbalas lima hantaran oleh pihak wanita," katanya kepada mStar.

Ammar dalam pada itu mengakui dia dan Elya, 27, sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam tempoh terdekat.

"Tentang bila tarikh kami akan disatukan, nanti akan dimaklumkan. Setakat ini masih dirahsiakan," katanya.

Berdasarkan perkongsian di Instgram [Tonton Video], kedua-dua mereka memilih tema Strawberry Matcha.

Ammar dan Elya pernah menjadi bualan ramai selepas aksi makan kentang goreng pada 2023.

Pertunangan itu adalah fasa terkini selepas keluarga Ammar merisik Elya secara tertutup di sebuah restoran pada Disember lalu.

Ammar dan Elya pernah mencetuskan kontroversi pada 2023 menerusi video 'mukbang' mereka menikmati kentang goreng.

Dia kemudian memohon maaf atas video yang tular tersebut.

Artikel Lain