suria

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia

Bekas presiden MCA itu meninggal dunia pada Sabtu.

BEKAS presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada Sabtu.

Mendiang berusia 82 tahun.

Pemergiannya disahkan melalui mesej yang dihantar kepada para pemegang amanah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), yang mana mendiang pernah berkhidmat sebagai Canselor.

Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, mendiang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dari tahun 1986 hingga 2003.

Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan.

Ling menamatkan pengajian sebagai doktor perubatan di Universiti Singapura.

Mendiang dipilih sebagai Ahli Parlimen Mata Kuching pada 1974 dan mengekalkan kerusi tersebut dalam dua pilihan raya umum berikutnya (1978 dan 1982) sebelum memenangi kerusi Parlimen Labis pada 1986, yang dipegangnya selama empat penggal. - The Star.

 

Artikel Lain