suria

Cef muda mengaku bersalah rogol anak teman wanita... Mangsa berusia 16 tahun

Pelaku jenayah rogol wajar diberikan hukuman yang berat. -Gambar hiasan AI

SEORANG cef berusia 20 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya yang berusia 16 tahun.

Tertuduh tidak membantah tuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin pada Selasa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Rembau antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada suatu masa antara 26 hingga 28 Februari.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh sehingga hukuman dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Hakim Surita berkata mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000.

Hakim juga menetapkan 15 Jun untuk penyerahan laporan probasi dan keputusan kes. - The Star.

 

Artikel Lain