suria

Kejayaan kakak beri semangat kepada Cha Ye Ryun kembali bekerja

Cha Ye Ryun mahu kembali bekerja selepas melahirkan anak perempuan pada tahun lalu.

PELAKON Cha Ye Ryun memberitahu kegigihan kakaknya yang menjaga tiga orang cahaya mata menjadi semangat untuk dia kembali bekerja selepas melahirkan anak perempuan pada tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, kejayaan kakaknya yang komited dengan kerja biarpun menjaga tiga orang anak menjadi inspirasi kepada dirinya.

"Kakak saya mempunyai tiga orang anak. Dia bekerja dan dia juga dinaikkan pangkat sebagai pengurus cawangan. Kejayaan dia telah memberi saya semangat.

"Apabila saya mengambil keputusan untuk kembali bekerja, kakak saya tumpang gembira dan memberitahu jika dia ada tiga orang anak dan masih boleh bekerja, saya juga boleh lakukan," katanya.

Cha Ye Ryun

Artikel Lain