suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jefri Nichol mohon maaf kecewakan ibu bapanya

Jefri masih boleh tidur biarpun banyak benda perlu difikirkan.

BIARPUN berhadapan dengan masalah selepas ditahan polis berhubung kes dadah namun pelakon Jefri Nichol masih mampu untuk tidur dengan lena.

Menurut laporan Liputan6, pelakon yang mula popular di Malaysia menerusi filem Jailangkung itu juga memberitahu dia kini dalam keadaan sihat.

Jefri yang ketika ditemui media di Pejabat Polis Daerah Jakarta Selatan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika membuat permohonan maaf kepada ibu bapanya.

"Banyak perkara yang difikirkan tetapi masih boleh tidur. Alhamdulillah, sihat sahaja. Terima kasih.

"Minta maaf kerana mengecewakan ibu bapa saya dengan kebodohan saya dan semoga mereka boleh memberi sokongan kepada saya" katanya.

Jefri Nichol ditahan polis berhubung kes dadah pada 20 Julai lalu.

Jefri Nichol

Artikel Lain