suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Seungri, giliran Daesung didakwa terlibat bisnes pelacuran

Polis bakal melakukan siasatan terhadap bangunan milik Daesung yang menjalankan perniagaan perkhidmatan pelacuran.

ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Daesung dikatakan terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan pelacuran di bangunan miliknya.

Menurut laporan Allkpop, pihak polis bakal melakukan siasatan terhadap perniagaan yang dijalankan salah sebuah bangunan yang dimiliki selebriti tersebut.

"Kami sedang mengkaji untuk melihat sama ada Daesung terlibat atau bersubahat dalam perniagaan tersebut," kata wakil polis Gangnam, Seoul.

Sebelum ini Daesung mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan menjelaskan dia membeli bangunan sebelum menyertai latihan ketenteraan.

Bagaimanapun Daesung memberitahu dia tidak dapat mengekalkan dan menguruskan bangunan tersebut dengan baik.

Daesung, Big Bang

Artikel Lain