suria

Terkejut anjing kesayangan mati dilanggar, Joe Jonas dan Sophie Turner jalani terapi

Joe dan Sophie sedih seekor anjing kesayangan mereka mati selepas dilanggar kereta.

PASANGAN selebriti Joe Jonas dan Sophie Turner meluahkan rasa sedih apabila anjing kesayangan mereka mati dilanggar kereta di Bandar New York.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Joe dan Sophie terpaksa menjalani terapi disebabkan terkejut serta tidak dapat menerima kehilangan anjing mereka.

"Mereka terkejut dan terpaksa pergi menjalani terapi selepas kemalangan tersebut. Ia begitu sukar bagi pasangan itu kerana sudah menganggap Waldo seperti ahli keluarganya," katanya.

Selain Waldo, Joe dan Sophie juga mempunyai seekor lagi anjing bernama Porky yang dijaga sejak kecil lagi.

Joe Jonas, Sophie Turner

Artikel Lain