suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hisap rokok dalam ‘Mencari Ramlee’, Mimi Lana batuk-batuk sampai sakit dada

PELAKON Mimi Lana tidak gementar sekiranya babaknya menghisap rokok dalam filem Mencari Ramlee mendapat kecaman daripada penonton. 

Malah Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, beranggapan sekiranya dia menerima kecaman, itu menandakan karakternya sebagai Yasmin menjadi. 

“Saya tidak mahu tolak untuk lakukan babak berkenaan sebab filem ini merupakan zaman 70-an. Jadi, itulah budaya mereka dahulu. Jadi kenapa perlu untuk saya tolak kan? 

“Kalau ada yang kecam, maksudnya watak itu menjadilah. Saya tidak kisah dengan respon netizen, sebab yang merokok itu bukan saya, itu adalah Yasmin,” katanya kepada mStar. 

Mimi memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Mencari Ramlee di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Dalam masa sama, berkongsi mengenai cabaran melakukan babak tersebut, Mimi berkata dia hanya mengalami batuk-batuk dan sakit dada kerana terpaksa menghisap banyak rokok. 

“Saya terpaksa hisap banyak rokok sebab ada banyak ‘take’ sehinggakan saya batuk-batuk dan sakit dada. Iyalah, kita tidak hisap rokok dekat luar, jadi ini cabaran saya dalam filem ini,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi