suria

Akibat kes dadah, Tony Eusoff kena ‘blacklist’ masuk Singapura seumur hidup

DISEBABKAN pernah terpalit dengan kes dadah pada 2016 lalu di Singapura, pelakon Tony Eusoff dilarang untuk memasuki negara tersebut sehingga ke hari ini. 

Meskipun sudah membuat permohanan secara dalam talian sebanyak tiga kali, Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48, memaklumkan sehingga kini masih lagi tiada sebarang respons daripada pihak sana. 

Bagaimanapun Tony berkata, dia akur dengan perkara tersebut memandangkan kesalahan itu datang daripadanya. 

“Sebenarnya saya dilarang untuk masuk ke Singapura sehingga hari ini semenjak kes (dadah) saya dahulu (pada 2016). Dia digam seumur hidup tetapi boleh buat permohonan. Jadi saya sudah buat, sehingga kini tiada sebarang respons lagi. 

“Saya akan cuba lagi, tetapi kalau mereka rasa tak layak untuk saya masuk, saya terima. Saya tak boleh salahkan sesiapa, itu salah sendiri. Saya akur yang diri ini tidak menghormati undang-undang mereka,” katanya kepada mStar. 

Tony memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Mencari Ramlee di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi