PENYANYI Tuju meminta ibu bapanya untuk tampil bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang terjadi antara mereka sekeluarga.
Walaupun ada cubaan menjernihkan hubungan itu, namun Tuju atau nama sebenar Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, berkata sehingga kini ibu bapanya masih mengelak untuk bertemu.
“Saya ada cuba hubungi ibu bapa saya tapi mereka lari malah waktu Anugerah Juara Lagu baru-baru ini saya ada hubungi untuk berjumpa namun tetap tak mahu berjumpa dengan saya.
“Saya sebagai anak bukan nak berkeras tapi saya minta ibu bapa berani berjumpa dan saya bersedia untuk bersemuka bila-bila masa,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, suami kepada penyanyi Loca B ini memberitahu perselisihan faham itu berlaku bukan disebabkan duit namun angkara sikap ibu bapanya sendiri.
“Bukan sebab duit, saya dan keluarga ada duit tapi ini sebab sikap tanggungjawab malah mereka tahu apa yang mereka buat jadi tolong selesaikan,”ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI