KUMPULAN Ruffedge membuat keputusan untuk berehat daripada menganjurkan sebarang konsert aray persembahan berskala besar buat masa ini.
Menurut salah seorang anggotanya, Sein Qudsi atau Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsy, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan peminat berasa bosan dan mahu menjadikan kumpulan mereka lebih eksklusif.
“Kami dulu pernah di zaman kemuncak kemudian hilang dan kembali semula... album dan tiket konsert habis terjual dalam enam minit.
“Peminat sanggup beli sebab mereka rindu sebab sudah lama tak tengok kami tapi sejak kami kembali aktif sejak 2018 dulu, hampir 7 konsert sudah dilakukan jadi risau kalau nak buat kali ini orang akan mulai rasa bosan.
“Jadi untuk meredakan perkara itu, kami bagi tempoh untuk berehat sekejap beberapa tahun daripada mengadakan sebarang konsert tapi kalau ada yang nak juga mungkin konsepnya berbeza,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Ruffedge berkongsi pandangan mereka mengenai kejayaan konsert yang dianjurkan oleh kumpulan KRU pada awal bulan lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI