suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penangan ‘Bidaah’, Marissa Yasmin terbuka terima teguran penampilan tak sama seperti Umi Hafizah

GARA-GARA watak Umi Hafizah dalam drama Bidaah yang dilihat tampil mengenakan hijab, pelakon Marissa Yasmin menerima teguran penonton terutamanya peminat baharu dari Indonesia.

Menjawab mengenai perkara itu, Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 48, berharap orang ramai tidak salah faham dengan penampilannya kerana imej bertudung dan berniqab itu sekadar tuntutan watak.

“Penonton sangat terbawa-bawa dengan watak Umi Hafizah sehingga bila nampak saya di luar mereka jadi pelik... bila lihat saya dalam drama lain tidak bertudung, ramai terkejut.

“Mohon kepada semua doakan terbaik dan Insya-Allah akan sampai waktunya nanti untuk saya mengenakan tudung.

“Saya tak salahkan mereka malah hormati permintaan mereka, anggap teguran itu sebagai sesama umat Islam dan minta doakan untuk saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Marissa akan muncul menerusi filem Balas Balik yang akan ditayangkan di pawagam pada 29 Mei ini.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahya, Tony Eusoff, Isyariana, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi