MUNGKIN masih ada yang belum tahu, pemilik suara bagi animasi Ejen Ali rupanya adalah seorang wanita.
Pelakon suara iaitu Ida Rahayu, 43, memberitahu pada awalnya dia hanyalah sekadar mencuba nasib, namun tidak menyangka sehingga kini khidmatnya masih diperlukan.
Malah Ida berkata pekerjaan yang dianggap belakang tabir itu rupanya mempunyai peminat sehingga dia dikenali ramai.
“Sebenarnya saya memang tidak sengaja mahu jadi suara Ejen Ali. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan semasa uji bakat, namun Alhamdulillah sehingga kini masih menjadi pelakon suara Ejen Ali.
“Dan semasa menjadi pelakon suara Ejen Ali itu, saya hanya anggap sebagai pengubat stres sahaja. Saya lakukan dia hanya suka-suka sahaja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI