KOMPOSER Eddie Hamid menyatakan hasrat ingin bertemu penyanyi Eda Ezrin yang kini ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand dalam masa terdekat.
Kata Eddie atau Abdul Hamid Adenan,63, dia ingin melihat sendiri keadaan terkini penyanyi berkenaan yang sudah berada dalam tahanan sejak Mac lalu.
“Saya ada berjumpa dengan keluarga Eda lima hari lepas sebab ingin tahu perkembangan terkini apa yang berlaku tapi pihak keluarga pun macam tak tahu apa lagi berita selanjutnya.
“Jadi saya bercadang untuk pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan Eda sendiri nak lihat depan mata bagaimana keadaannya sebab banyak sangat berita yang keluar mengenai dirinya dan tak tahu mana satu yang benar.
“Saya cadang nak jumpa tu dalam masa terdekat tapi tengok pada keadaan juga,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI