suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah lama kawan Emma Maembong, Space Dollah ulas foto peluk... Puji seorang ibu hebat!

GARA-GARA berkongsi foto merangkul pelakon Emma Maembong, personaliti media sosial Space Dollah dikecam netizen kerana dilihat seolah-olah tidak menjaga batas sebagai seorang Muslim.

Menyesali perbuatannya itu, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman 36, meminta agar netizen tidak salah faham tindakannya itu.

“Sebenarnya saya memang rapat dengan semua orang macam tu, saya minta maaf kepada netizen mungkin anda (netizen) rasa tak patut berpeluk ke apa sebab saya baca komen.

“Tapi inilah cara saya dan didikan saya daripada kecil jadi nak buat macam mana.

“Saya tak fikirkan soal orang lain dan perlu puaskan hati semua orang, malah dalam dunia sosial media ni kita sukar untuk puaskan hati semua orang tapi jagalah hati untuk orang yang minat dengan kita,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi