suria

Kerjaya seni semakin berkembang, rakan lama tiba-tiba muncul cari Mimi Fly

SELEPAS namanya kembali melonjak naik dalam industri muzik, penyanyi Mimi Fly mendedahkan ada beberapa orang kenalan lama kembali menemuinya dengan pelbagai tujuan. 

Ada yang datang untuk meminjam duit, malah ada juga yang mencari Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, berniat untuk menumpang populariti. 

“Saya ini sudah jumpa macam-macam jenis manusia. Namun itu semua normal bagi saya. Ada yang (datang) suka mengangkat populariti dan ada juga yang suka dengan seni saya. 

“Ada juga yang pandang saya sekarang ini sedang kaya, tetapi  apa yang saya boleh, saya tolong. Saya tidak mahu fikir banyak sebab sekarang ni hanya mahu fokus dengan pelbagai benda. 

“Saya sangat sibuk sekarang ini sampaikan tiada masa. Mahu keluar ‘dating’ pun tiada masa,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi