suria

[V] Video tak senonoh mirip pelakon tular, Tony Eusoff tampil beri penjelasan - “Siapa mahu percaya, terpulanglah”

PELAKON Tony Eusoff tampil menjawab dakwaan susulan penularan sebuah video dikatakan miripnya yang sedang berbaring di atas katil sambil beronani.

Enggan menafikan atau mengiyakan, Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai membuat penilaian sama ada individu dalam video berdurasi lapan minit itu adalah dirinya.

“Itu saya serah kepada anda semua untuk percaya atau tidak, terpulang pada yang lihat video itu. Itu sahaja saya mahu cakap.  

Tony serah kepada peminat untuk mempercayainya.

Tony enggan paksa orang mempercayai.

“Siapa mahu percaya, terpulanglah. Sekarang ini saya sudah letih. Kita tidak boleh nak paksa orang untuk dengar cakap kita,” katanya kepada mStar. 

Tony memaklumkan perkara itu ketika ditemui ketika tayangan filem Balas Balik di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa. 

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil, Tony menganggap bahawa perkara tersebut tidak memberikan kesan besar dalam hidupnya. 

Jelas Tony, ketika ini dia hanya mahu fokus kepada kerjaya sebagai pelakon selain menjaga ibunya yang sudah mencecah usia 78 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan siang hari di bulan puasa, Tony Eusoff cerita pengalaman diminta tunjuk kad pengenalan

ARTIKEL BERKAITAN: Dipenjara akibat memiliki dadah di Singapura detik hitam Tony Eusoff

"Bagi saya sekarang ini ada banyak benda perlu saya fokus. Benda paling penting dalam hidup saya adalah kerja. 

"Saya mahu banyakkan simpanan saya dan ingin fokus menjaga ibu," ujarnya. 

Baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi X memaparkan seorang lelaki lingkungan usia 40-an sedang beronani di atas katil. 

Tony fokus kepada kerjaya seninya.

Melihat ke ruangan komen, ada mengatakan lelaki tersebut mirip Tony. 

Dalam perkembangan lain, Tony merupakan salah seorang pelakon yang berlakon dalam filem Balas Balik  yang dijangka ditayangkan pada 29 Mei ini. 

Selain Tony, pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Shukri Yahaya, Marissa Yasmin, Isyariana, Adam Lee dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain