suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Watak ‘free hair’ sebelum berhijab, Isyariana pakai tudung sebab Allah

JIKA sebelum ini pelakon Isyariana masih mempertimbangkan keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan umrah, namun kini dia sudah nekad berhijrah penuh.

Jelas Isyariana yang lebih mesra disapa Isya, 35, keputusan itu dibuat bukan atas desakan keluarga mahupun mana-mana pihak, namun niatnya ikhlas kerana Allah. 

“Sebelum ini saya masih belum pasti lagi (untuk terus pakai tudung), tetapi sekarang inilah keputusan saya (pakai tudung). Saya harap dapat istiqamah. 

“Saya buat ini bukanlah untuk sesiapa termasuk paksaan ibu, namun kerana Allah. Sekarang ini saya lebih selesa berpenampilan seperti ini. Saya sangat gembira,” katanya kepada mStar. 

Dalam masa sama, berkongsi mengenai filem Balas Balik yang mana Isya membawakan watak sebagai mangsa rogol, aktres itu berkata dia tidak menghiraukan kecaman netizen memandangkan kini sudah berimej baharu. 

“Saya tidak kisah, saya tidak takut dengan netizen. Saya hanya takut kepada Allah. Saya tidak hirau tentang penerimaan mereka dan hanya jalankan tanggungjawab sahaja. Itu hanyalah watak tersebut, bukan diri sebenar saya,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi