LEBIH berkeyakinan dengan penampilan baharu, pelakon Sweet Qismina berhasrat mahu mengekalkan imej potongan rambut pendek kerana merasakan imej tersebut memberikan nafas baharu buat dirinya.
Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, bagaimanapun berkata dia mungkin tidak dapat meneruskan imej berkenaan memandangkan komitmen kerjanya sebagai seorang pelakon.
“Sejujurnya saya nak kekalkan imej ini sampai bila-bila sebab nak nampakkan benda itu sebagai identiti kita. Kalau ikut keinginan memang saya suka sangat dengan rambut sekarang.
“Namun, kalau rambut yang sekarang ini sukar untuk sambung rambut palsu sekiranya perlu nanti untuk berlakon. Jadi saya akan simpan rambut paras bahu sahaja,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Sweet turut menjawab komen segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat dirinya sering menemani suami yang juga pelakon iaitu Adam Lee di acara hiburan.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI