suria

Ernie Zakri kongsi perkembangan kesihatan bapa mentua selepas 5 hari masuk ICU... “Doktor beri khabar positif”

PENYANYI Ernie Zakrie memberitahu bapa mentuanya iaitu Mohd. Fodzly dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak lima hari lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakrie, 31, berkata bapa mertuanya berada dalam keadaan stabil dan memohon agar peminat dan orang ramai mendoakan supaya cepat sembuh.

“Alhamdulilah hari ini saya dapat khabar positif mengenai keadaan bapa mentua, doktor kata banyak yang positif serta banyak ubat telah dikurangkan, kemungkinan ayah dijangkiti ammonia tapi tidak pasti berjangkit daripada mana.

“Saya dan Syamel tak menyangka kerana perkara ini sangat mengejut kerana ayah tidak mengalami sakit teruk sebelum ini tapi bila satu hari tu kami lihat keadaan ayah makin teruk dan cepat-cepat hubungi ambulans kemudian dibawa terus ke hospital, baru kami tahu keadaan ayah agak teruk pada ketika itu tapi nasib baik kami cepat.

“Saya meminta agar semua mendoakan kesejahteraan keluarga kami dan semoga bapa mentua saya kembali pulih serta usaha untuk menjaga bapa dipermudahkan,” kata Ernie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi