suria

Berani ‘fake account’ minta peminat Khai Bahar duit, siap menyamar ajak buat VC lucah

PENYANYI Khai Bahar kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan gambarnya di media sosial.

Bukan kali pertama menjadi mangsa akaun palsu, Khai atau Muhammad Khairul Baharudin, 29, memberikan amaran kepada individu itu untuk berhenti melakukan penyamaran dan tidak memanipulasi peminatnya.

“Kalau nak ikutkan Khai memang malas nak layan sebab sebelum ini peminat Khai tahu banyak akaun palsu tapi kali ini memang tak boleh biar.

“Yang Khai post baru-baru ini akaun palsu ni agak melampau kerana dia menipu sebagai diri saya sehingga minta duit kepada peminat dan minta macam-macam, ada juga peminat yang percaya serta layan tapi hujungnya saya yang tanggung akibat.

“Geram pun ada dengan individu buat akaun palsu ni, kami akan cuba hapus sebaik mungkin mana-mana akaun palsu yang ada dan hentikan lakukan perkara tersebut,” kata Khai kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi