suria

Bawa watak lelaki lembut, Naim Daniel tetap pendirian berhubung isu LGBT… “Saya pun tak sempurna”

TETAP dengan pendirian, penyanyi dan pelakon Naim Daniel tidak kisah pandangan orang lain mengenai ulasannya berkenaan golongan LGBT sebelum ini.

Kata Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, dia bukanlah seorang manusia sempurna tetapi dirinya tetap dengan pegangan asal berhubung isu sensitif berkenaan.

“Saya percaya saya bukanlah selamanya sempurna dan saya sedang cuba jadi manusia lebih baik pada masa akan datang.

“Bukan sebab jadi orang lantang bersuara tetapi tegas dengan pegangan kita sendiri.

“Masing-masing ada pegangan tersendiri dan saya tidak menghalang tetapi apapun kita tetap ke jalan satu arah iaitu menjadi manusia yang lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Naim sempat mengulas mengenai komen ‘otak ada tetapi minyak tiada’ yang ditulis Noh Salleh di Instagram.

Rata-rata pengikut mengatakan jenaka yang ditulis oleh Noh itu hanya difahami oleh mereka berdua sahaja faham.

“Sebenarnya saya nak pergi ride dengan Noh tetapi minyak motor dia habis.

“Dia ingat motor dia rosak itu yang dia komen minyak ada otak tiada sebab boleh je pergi beli minyak,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi