suria

Dulu sekadar kerja belakang tabir, Syabil tak sangka diberi kepercayaan bawa suara Deep dan Cikgu Jamie dalam ‘Mechamato’

PEMILIK suara watak Deep dan Cikgu Jamie dalam filem Mechamato iaitu Syabil memberitahu dia tidak menyangka suaranya dipilih bagi menjayakan dua watak animasi berkenaan.

Kata Syabil atau Mohd Syabil Syamin Abd Aziz, 32, dia menganggap ini semua rezeki apabila dipilih memegang dua watak berkenaan kerana pada asalnya Syabil hanya merupakan salah seorang team audio dalam produksi Monsta.

“Sewaktu pra produksi saya sebagai sebahagian dalam team audio akan buat mockup menggunakan suara saya sendiri.

“Apabila tunjuk dekat orang atasan mereka suka suara saya untuk watak Deep dan Cikgu Jamie.

“Itulah rezeki saya dapat watak-watak tersebut,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod filem Mechamato telah mencetuskan fenomena apabila berjaya menjadi naskhah dengan kutipan tertinggi menerusi kategori animasi tempatan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi