suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen puji layan isteri baik, Edika Yusof sampai takut nak keluar rumah… “Kami pun gaduh tapi tak share aib”

PELAKON Edika Yusof berasa janggal apabila setiap kali isu rumah tangga timbul membabitkan selebriti, namanya pasti dipuji oleh netizen.

Mengakui bukanlah seorang suami yang sempurna, Edika atau Mohd Yusof Abd Majid, 56, berkata dia dan isteri juga pernah berselisih faham namun sentiasa berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

“Kisah-kisah viral ni netizen kaitkan dengan saya kadang-kadang saya rasa tidak adil juga sebab semua orang ada hidup mereka sendiri.

“Lelaki ke wanita sama sahaja kita bukan malaikat jadi setiap orang ada buat salah.

“Saya dengan isteri pun ada juga bergaduh tapi kami cuba bincang dan selesaikan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Edika sempat menitipkan pesanan buat pasangan di luar sana agar tidak memuat naik masalah rumah tangga di media sosial.

“Kalau ada apa-apa berlaku dalam hubungan suami isteri janganlah muat naik di media sosial.

“Sebab penghasut dekat luar tu ramai jadi penasihat kurang.” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi