suria

Dulu Shamshul Danish tak ada kawan, dah jadi artis ramai pula nak dekat… “Ada nak tumpang populariti saya je”

PERNAH dilabel pelakon kayu ketika awal kemunculan, pelakon remaja Shamshul Danish memberitahu kecaman itu merupakan perkara biasa yang perlu dilalui oleh bakat baharu.

Meskipun ada segelintir pihak kurang senang kehadirannya sebagai pelakon, Danish, 16, berkata selepas menjadi seorang selebriti dia mempunyai lebih ramai kenalan.

“Saya tak banyak kawan tapi selepas dah jadi seorang pelakon saya jadi ramah dan ramai nak berkawan dengan saya.

“Tetapi disamping itu ada juga segelintir yang tak suka saya dalam bidang lakonan.

“Tak suka saya berlakon kata saya bukan pelakon profesional dan tidak popular,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Danish membintangi filem Eva yang dibarisi pelakon ternama lain seperti Nadia Aqilah, Nadia Brian, Hasnul Rahmat. Jay Iswazir dan Tony Eusoff yang bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Januari 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi