suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afifah Nasir mahu ‘low profile’ tentang cinta, hormat privasi bakal suami… rancang kahwin tahun ini

PELAKON Afifah Nasir memberitahu dia kini dalam perancangan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 29, bagaimanapun berkata tarikh pernikahan tersebut masih belum ditetapkan lagi kerana semuanya masih dalam perancangan dan terlalu awal untuk didedahkan

kepada umum.

“Kalau boleh ya tahun ini Insya Allah doakan baik-baik untuk saya sebab kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang tentukan.

“Jadual saya sebenarnya agak padat dan telah disusun hingga Julai, jadi kemungkinan selepas Julai itu baru saya ada kelapangan masa dan mungkin selepas itu atau hujung tahun sebabramai yang kahwin hujung tahun kan.

“Kalau macam nak buat persiapan semua tu saya sudah tahu nak gunakan khidmat siapa apa semua, cuma belum aturkan saja lagi sebab nak tunggu saya lapang sikit kemudian baru rancang,”

kata Afifah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi