suria

Pergaulan bebas boleh menjurus maksiat, Ridhuan Tee tegur ibu bapa minta pantau aktiviti anak-anak

PENDAKWAH bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menyeru ibu bapa kepada peserta program Hero Teladan menasihati dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anak-anak mereka.

Dalam hal ini, Ridhuan, 58, berpendapat ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab penuh memantau pergerakan anak supaya tidak terlalu bebas bersosial.

“Sekiranya ibu bapa tahu yang anak mereka menyertai program atau content TikTok tersebut maka saya fikir perlu ambil tindakan segera terhadap anak mereka.

“Tanya mengapa sertai program itu dan nasihatkan jangan terlibat dengan aktiviti tersebut... kalau boleh padam supaya tidak tersebar meluas lagi.

“Saat ini peranan ibu bapa sangat penting, kalau saya dapat lihat ada anak kawan saya sertai jadi saya akan maklumkan kepada ibu bapanya juga supaya dapat mencegah perkara lain pula nanti,” kata Ridhuan kepada mStar.

Sebelum ini tular tindakan influencer terkenal iaitu Isa Isarb menerbitkan program Hero Teladan mencampurkan peserta lelaki dan wanita dalam sebuah rumah menerima kecaman dan kritikan netizen.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi