suria

Salute! Tiga lelaki bertopeng rajin turun padang hulur sumbangan, kongsi rezeki tak mahu identiti dikenali

PERKONGSIAN video sekumpulan individu memakai topeng memberikan bantuan keperluan barangan kepada masyarakat mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menariknya individu bertopeng ini yang mahu dikenali sebagai XYZ mendedahkan misi mereka adalah untuk membantu masyarakat yang sedang berdepan kesulitan di kala ekonomi tidak menentu ini.

“Tujuan kami war-war di media sosial ini adalah untuk beri tahu kepada semua di mana keberadaan kami sebab sebelum masa pertama kali beri bantuan ramai yang macam takut-takut.

“Kami rancang selama enam bulan dan kumpul seribu seorang dan ada juga duit daripada keluarga kami salurkan untuk bantuan ini, tiada mana-mana dana daripada syarikat atau ahli politik yang menaja kami setakat ini.

“Kami pernah susah dulu jadi tahu macam mana rasa itu, sekarang ini nak balas balik dengan cara berikan bantuan kepada semua orang selagi termampu,” kata XYZ kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi