suria

Kemurungan diganggu lelaki ‘miang’, influencer Angel mahu kurangkan content joget

GARA-GARA sering tampil dengan penampilan agak seksi, personaliti media sosial Angel mengakui berdepan kemurungan kerana sering menerima komen negatif netizen.

Angel atau Angelo Wee, bagaimanapun berkata, dia kini tidak mahu lagi dikenali dengan imej seksi itu sebaliknya memilih menukar imej serta content bagi menarik lebih ramai pengikut.

“Sekarang ini saya nak tukar kandungan content dan fokus kepada golongan wanita pula sebab sebelum ini ramai golongan lelaki kerana sering buat video joget.

“Komen negatif dan nakal tu sudah biasa terima tapi harapnya kurang sikit selepas ini tukar gaya ni, malah sekarang ini pun masih lagi terima komen dan mereka siap hantar video pelik-pelik pada saya.

”Dua tahun sebelum ini saya pernah kena kemurungan sebab perkara ini kerana mereka sering ganggu saya cumanya buat masa ini saya anggap itu perkara normal sebab nak hidup dalam dunia media sosial ni kena kuat,” kata Angel kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi