suria

Ibu rindu anak, wanita sedih ‘dijual’ keluarga sendiri... Gelandangan pilih hidup di jalanan

KETIKA orang lain lena tidur beralaskan tilam empuk, namun sedarkah kita masih ada insan yang hidup dalam serba kekurangan.

Untuk segmen mStar Baek minggu ini, mStar bersama KPJ Healthcare menelusuri kaki lima dan lorong usang di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur bagi mendekati insan kurang bernasib baik.

Daripada pelbagai latar belakang, usia dan bangsa, gelandangan atau mahu dikenali sebagai Sahabat Jalanan terus positif melalui kehidupan penuh mencabar di tengah-tengah ibu kota.

Selain menyelami kisah hidup mereka, mStar Baek turut menyerahkan roti dan 500 kit penjagaan diri untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Episod kali ini turut disertai oleh Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan, Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr Mohammad Iqbal Mohamad Sarwar dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Norhamijah Mohd Hanafiah.

KPJ turut membawa bersama Klinik Bergerak Waqaf An-Nur bagi memberi peluang kepada gelandangan melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan team.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi