suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak berbaloi bakar butik demi ‘content’, jualan hari Sabtu boleh ‘cover’ komitmen setahun - El Azman

PENGASAS jenama Elrah Exclusive menegaskan kebakaran butiknya di Bangi, Selangor Sabtu lalu bukan sudah dirancang lebih awal demi meraih publisiti terhadap produk jualannya.

Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman, 36, menjelaskan tidak berbaloi dia merancang perkara itu apatah lagi pada hari Sabtu yang kebiasaannya jualan boleh menampung komitmen syarikat selama setahun.

"Kalau rancang demi content sebenarnya tak berbaloi sebab jualan hari Sabtu kita boleh ‘cover’ setahun punya komitmen.

"Lebih baik kita berniaga sebab kami pun baru buka kedai," katanya ketika ditemui mStar.

Menjelaskan tindakan dia dan beberapa staf melanggar garisan kuning dipasang bomba kerana mahu menyelamatkan beberapa pekerja lain yang masih terperangkap di dalam bangunan enam tingkat itu.

"Pada masa itu mereka tahu saya berada di tingkat dua. Semua manusia kalau tahu bos mereka ke depan, mereka terus akan jadi berani," katanya.

Dalam perkembangan lain, El turut mengesahkan sudah melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Dr Najiha selepas tiga tahun bergelar duda.

Tambah El, dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama Dr Najiha selepas umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi