suria

Baru 2 bulan pakai... Kereta mewah disembur cat merah, usahawan sedih tak dapat bawa keluarga jalan beraya

HANYA kerana sering menunjuk kemewahan di media sosial, kereta Mercedes Benz kepunyaan usahawan muda yang dikenali sebagai Affeq Arfan disembur cat berwarna merah oleh individu tidak dikenali.

Affeq memberitahu, perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba dan ia bukan rancangan untuk menjadikan perkara tersebut tular seperti didakwa beberapa pihak.

Malah, katanya, kejadian yang berlaku sekitar pukul 12 tengah malam itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

“Kejadian berlaku di antara pukul 12 malam hingga 1 pagi, saya ingat dua pemuda itu hanya mendekati kereta saya.

“Tetapi melihat cat semburan ditangannya buat saya lari menuju ke kereta. Namun mereka terus lari bertempiaran” katanya kepada mStar.

Berikutan kejadian ini, Affeq memilih untuk berhati-hati memuat naik video di laman media sosial selain sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi