suria

Ada sebab suka pakai filter wajah Siti Nurhaliza, abang rider jawab tuduhan gila populariti

SERING menggunakan filter wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza di TikTok miliknya, rider makanan dikenali sebagai Muhammad Syahmi tiba-tiba menjadi bualan ramai dalam sekelip mata.

Bagaimanapun Syahmi berkata, ada dilakukan bukan bertujuan meraih populariti sebaliknya menggunakan filter tersebut sebagai hiburan ketika bekerja.

"Memang rutin harian saya tunjuk dekat media sosial cara kerja, saya berada di mana dan sedang buat apa.

"Saya tak pandang semua benda itu (populariti). Saya hanya akan jadi diri saya sendiri dan tidak akan lupa siapa saya," katanya ketika ditemui mStar pada Jumaat.

Syahmi menjelaskan, selain hiburan dia menggunakan filter tersebut bagi menutup wajahnya yang sedang dalam keadaan kemerahan selepas membuat rawatan muka.

"Setiap bulan saya akan buat rawatan wajah dan disebabkan terlampau merah, kebetulan filter wajah Datuk Siti sedang tular, jadi saya pun guna.

"Masuk pula dengan muka saya dan orang ramai pun beri sokongan dan kata ia kelakar," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi